Tuesday, December 23, 2008

News - Latest

Zahar bersama 28 ketua cawangan UMNO sertai Pas

24/12/2008 12:52pm
KUALA LUMPUR 24 Dis. - Ketua UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim secara rasmi menyertai Pas dalam satu majlis di Ampang hari ini.
Beliau bersama 28 ketua cawangan UMNO dalam bahagian itu menyerahkan borang keahlian Pas kepada Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa. - Utusan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

Saturday, December 20, 2008

Selamat...PRK KT

KUALA TERENGGANU, 20 Dis (Bernama) -- Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh hari ini dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Jan depan.



http://www.bernama.com.my/

Monday, June 30, 2008

Perubahan Minda...

Adalah penting saudara-saudara keluar dari kepompong "MENYIMPAN DIBANK" dan beralih kepada skim Amanah Saham(AS) yang mampu "MENJANA" pendapatan. Penerangan berkenaan AS perlu diperolehi bagi menerangkan perbezaan antara simpanan (akaun simpanan) dan simpanan (Amanah Saham). Skim simpanan biasa memberikan pulangan serendah 2-3% manakala simpanan skim AS boleh MENJANA melebihi simpanan tetap.

Disini saya mempromosikan AS Public Mutual (mengurangkan tekanan dari nama Unit Trust Public Mutual) yang boleh memberikan pulangan sehingga 300% secara purata selama 10 tahun (berdasarkan rekod AS yang diterbitkan tahun 1997).


sambungan...

Di MaNa AnDA???...

Secara kasar, setiap individu mempunyai pendapatan sama ada sedikit atau berlebihan. Strategi pengurusan pendapatan dapat meringankan bebanan dimasa akan datang.

Disini saudara-saudara akan dapat melihat ditahap mana pendapatan yang diperolehi disimpan/dilaburkan untuk "MENJANA" pendapatan berkenaan. Sekurang-kurangnya pendapatan yang diperolehi dapat memberi "PULANGAN" yang lebih jika diuruskan dengan cekap.

DI MANA PILIHAN ANDA...
1. Simpanan (Institusi Bank)
2. Simpanan Tetap
3. EPF(Non Goverment)
4. Amanah Saham
5. Saham (Stock Market)
6. Property

Siapa KATA???....

Siapa kata Amanah Saham(AS) tidak dapat memberi pulangan yang baik????....



Di Malaysia khasnya, dana AS masih lagi dibawah 40% berbanding dengan negara-negara yang membangun dimana aliran wangnya berada dalam pegangan amanah saham melebihi 80%



Ketidakfahaman ke atas matlamat dan pengurusan telah menurunkan minat penyimpanan/penabungan (memberi gambaran positif) ke dalam skim ini. Berdasarkan pemerhatian dan pendangan sekelompok pelabur(baca internet investor) memilih jalan singkat untuk melabur/menjana pendapatan.

Matlamat kewangan adalah bagi mengekalkan kualiti hidup sepanjang hayat. Berdasarkan kepada kajian kewangan yang dikutip, dapatlah dirumuskan perancangan kewangan yang berkesan dapat memanjangkan jangka hayat. Berdasarkan hujah-hujah mengatakan bahawa sekiranya individu mempunyai kewangan yang kukuh dapat membantu mengenalpasti situasi keperluan-keperluan semasa selaras perkembangan dunia hari ini.


Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Pertama-tama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pelawat-pelawat yang "tersesat" ke blog saya ini. Apa yang hendak dicari hanya empunya diri sahaja yang mengetahuinya.

Tujuan saya mewujudkan blog ini adalah untuk membantu memberi nasihat berkenaan dengan Amanah Saham dan goloongan sasaran adalah kepada saudara-saudara yang berminat menabung/menyimpan di dalam cara ini. Penerangan akan diberikan berdasarkan pengetahuan yang saya miliki.

Sekian sahaja buat masa ini dan saya berharap dapat menerima pandangan-pandangan dari saudara-saudara sekelian bagi menambahbaik isi kandungan blog ini.