Tuesday, January 27, 2009

Eh..Eh...apa cerita nie...

Lagi Adun Perak pasang niat keluar BN

Muda Mohd Noor Jan 28, 09 12:39pm

Selepas kejutan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, kini wakil rakyat Lintang pula Datuk Ahmad Fakeh Adam sedang menimbang untuk meninggalkan Umno "beberapa hari lagi".
"Ketika ini 50-50. (Niat) nak kekal (dalam Umno) dengan masuk pembangkang sama banyak.
"Orang PAS, PKR dan DAP hari-hari telefon dan hantar SMS. Yang dah datang jumpa pun ada, yang nak jumpa pun ada lagi," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Beliau bagaimanapun belum memutuskan parti pembangkang yang bakal disertainya jika meninggalkan BN.
Beliau menambah, ada pemimpin DAP ingin menawarkan jawatan menteri besar Perak tetapi "saya tahu itu gula-gula sahaja."
"(Tetapi) hati rasa hendak keluar (Umno). Kita (Adun) telah dipinggirkan.
"Kami seolah-olah tidak penting. Yang lebih penting sekarang ialah ketua Umno bahagian," katanya.
Ahmad Fakeh yang kalah bertanding jawatan ketua Umno bahagian Sungai Siput, Oktober lalu, berkata, ada beberapa Adun lagi yang tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku sekarang.
Beliau kalah kepada timbalannya Datuk Mohd Zulkifli Harun dalam pertandingan satu lawan satu jawatan tersebut.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Adun Kubu Gajah), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Hamidah Osman (Sungai Rapat) diura-urakan turut kecewa.
Ahmad Fakeh bagaimanapun tidak pasti sama ada mereka juga berhasrat untuk meninggalkan Umno dan menyertai parti pembangkang.
"Saya sudah membawa perkara ini dalam mesyuarat Umno Perak tetapi tiada tindakan yang diambil.
"Tetapi bila (Datuk) Nasharuddin Hashim (Adun Bota) keluar parti, baru kelam-kabut, baru kami ini penting," katanya.
Nasharuddin mengumumkan menyertai PKR hujung minggu lalu, menjelang sambutan Tahun Baru Cina.
Ahmad Fakeh berkata, beliau kecewa kerana kerajaan pusat lambat memberi peruntukan kewangan walaupun wang sudah ada.
Sebaliknya, kata beliau, peringkat persekutuan begitu cepat meluluskan bantuan kepada ketua Umno bahagian.
Sebagai contoh, katanya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mudah memberikan bantuan kepada ketua bahagian walaupun mereka bukan wakil rakyat.
“Ini menjadi masalah kepada Adun yang tidak memegang jawatan ketua bahagian,” katanya lagi.
Bantuan tetap kerajaan pusat kepada setiap Adun ialah RM300,000 setahun, tidak termasuk peruntukan tambahan yang perlu dimohon, tambahnya.
Katanya lagi, seseorang Adun sukar membantu penduduk di kawasan yang diwakilinya tanpa wang peruntukan tersebut.

***Eh..eh...jd ADUN ada peruntukan ke????Patut ramai yang nak kuar pun........kalau x ada peruntukan tak leh jadi ADUN yee...so kalu ADUN bagi RM anak masuk U tuh duit ADUN(peruntukan) ke duit gaji/sendiri???
***Bukan kerajaan melalui Jabatan/Agensi yang laksanakan projek(tolong rakyat)....***Banyak tu RM300K...
***Tp bg penulis mungkin Pak Lah/Najib tak nak ADUN bazirkan duit kot...mungkin lepas bulan 3(pemilihan) nanti ada lah...sabor le wahai ADUN-ADUN

sumber...http://www.malaysiakini.com/news/97178

Wednesday, January 21, 2009

Umno berjaya ketepi perintah bayar RM218 juta

Umno berjaya ketepi perintah bayar RM218 juta

Jan 21, 09 4:14pm
Umno berjaya dalam permohonannya bagi mengetepikan satu keputusan mahkamah yang dibuat tanpa kehadirannya yang diperoleh sebuah syarikat yang membekalkannya barangan pilihanraya bernilai lebih RM218 juta. Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ahmad Faizadh Yahaya mengeluarkan perintah itu dengan kos setelah membenarkan permohonan Umno mengetepikan keputusan mahkamah terhadap parti itu pada 17 Julai lepas, mengarahkannya membayar RM218 juta bersama faedah dan kos kepada Elegant Advisory Sdn Bhd. Syarikat itu memohon satu penghakiman tanpa kehadiran itu ekoran kegagalan Umno menjawab samannya, lapor Bernama. Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Umno, memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengemukakan satu memorandum kehadiran bersyarat bagi membolehkannya memfailkan permohonan membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan syarikat itu. Elegant Advisory mengemukakan saman sivil itu pada 23 Jun tahun lepas dengan menamakan bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan Umno, sebagai defendan.Mohd Hafarizam berkata timbalan pendaftar menerima alasan Abdul Azim dalam permohonan mengetepikan penghakiman tanpa kehadiran itu, bahawa writ saman dan pernyataan tuntutan berkenaan dibuat tanpa memenuhi Aturan 10 Kaedah 1 Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi 1980 dan Seksyen 9 (c) Akta Pertubuhan.Katanya dokumen-dokumen itu tidak diserahkan sendiri kepada defendan manakala Elegant Advisory telah menamakan pihak yang salah sebagai defendan kerana syarikat itu sepatutnya menamakan pegawai awam parti dan bukan bendahari Umno sebagai defendan. Dalam writ samannya yang difailkan menerusi Tetuan Termizi & Co, syarikat itu menjelaskan bahawa ia membekalkan peralatan pilihan raya, pengangkutan dan penerbitan kepada Umno untuk pilihan raya ke-11 pada 2004 setelah diminta oleh Abdul Azim. Elegant Advisory berkata oleh kerana Abdul Azim meminta bekalan yang banyak dan pernmohonan dibuat dalam jangka masa singkat, ini menyebabkan syarikat itu melantik pihak ketiga (syarikat-syarikat percetakan dan pembekal lain) untuk menyediakan barangan itu pada masa yang ditetapkan, dan Abdul Azim tahu mengenainya. Syarikat itu mengemukakan invois sebanyak RM218,013,475 kepada Abdul Azim untuk pembayaran, dan pada 22 Mei 2004, satu surat dihantar kepadanya tetapi pembayaran masih tidak dibuat.Elegant Advisory diwakili peguam Nazruddin Abdullah.

http://www.malaysiakini.com/news/96920

Tegah hadiri mesyuarat: Kenyataan Zahid Hamidi kebudakan


Tegah hadiri mesyuarat: Kenyataan Zahid Hamidi kebudakan
Lanjusoh Wed Jan 21, 09 3:16:47 pm MYT

KOTA BHARU, 21 Jan (Hrkh) - Keupayaan PAS di Kelantan mengekalkan kerajaan sehingga lebih 18 tahun antaranya kerana kebencian rakyat terhadap dendam politik yang diamalkan pemimpin Umno.
Pelbagai penderaan yang dilakukan termasuk menafikan banyak peruntukan yang sepatutnya disalurkan untuk faedah rakyat di negeri ini.
Hari ini situasi yang serupa berlaku terhadap negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.
Berdasar kepada petunjuk itu keupayaan Umno dan Barisan Nasional merampas kembali pentadbiran negeri terbabit semakin mengecil sama seperti berlaku di Kelantan sejak 18 tahun lalu.
Dan semalam pemimpin Umno yang masih mempunyai kuasa di peringkat persekutuan, antaranya Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegah ketua jabatan dan agensi pusat daripada menghadiri mesyuarat bersama pemimpin kerajaan Perak berkuatkuasa serta merta.
Mengulas perkembangan itu Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat melahirkan rasa terkejut di atas kenyataan dikeluarkan seorang menteri yang menjaga hal ehwal agama.
"Sepatutnya sebagai menteri menjaga agama beliau menjadi rujukan dan ikutan kepada orang lain dengan mempamerkan akhlak yang baik. Namun apa yang berlaku sekarang memperlihatkan dendam politik.
"Pemimpin seperti itu sebenarnya belum pernah teruji dan apabila diuji dengan kekalahan dia akan terperangkap dan langsung tidak mencerminkan kewibawaan yang ada pada dirinya," katanya di sini.
Menurutnya yang juga Adun Limbongan kenyataan seperti itu hanya bersifat kebudak-budakkan yang tidak sepatutnya keluar daripada seorang menteri.
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, arahan terbaru yang dikeluarkan menegah pegawai kerajaan pusat menghadiri mesyuarat dengan kerajaan negeri akan menjadi senjata makan diri.
"Ini memperlihatkan betapa egonya seorang menteri kabinet kerajaan BN. Sepatutnya petunjuk yang dizahirkan rakyat pada Mac lalu dan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari lalu sudah menjadi iktibar.
"Kita yakin dengan sikap dipamerkan seperti itu menyebabkan rakyat semakin muak dan kejatuhan kerajaan BN sekarang sudah berada di ambang pintu," ujarnya.
Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, arahan yang tidak matang itu jelas menggambarkan dendam politik pemimpin Umno.
Katanya, sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama lebih cermat dalam tutur kata.
"Namun dengan kenyataannya semalam menggambarkan ada usaha-usaha yang terselindung bagi mengganggu kerajaan negeri apabila tiada kerjasama daripada agensi kerajaan pusat," katanya.
Bagaimanapun katanya, fenomena tersebut sebenarnya boleh mempercepatkan kejatuhan kerajaan BN yang kini sudah pun bergerak ke arah itu.
Kata beliau sepatutnya pemimpin Umno belajar daripada suasana politik yang ada pada hari ini dan bukannya terus menunjukkan sikap dendam.
Pengarah Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan, Haji Ubaidah Yaakub mempersoalkan apakah Zahid cakap menggunakan emosi atau minda. - mj_

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18970&Itemid=1

Tuesday, January 20, 2009

Kes serban: Pelajar pondok pilih penjara

Kes serban: Pelajar pondok pilih penjara daripada bayar denda

Salmah Mat Husain Mon Jan 19, 09 9:20:04 pm

MYT KOTA BHARU, 19 Jan (Hrkh) - Seorang pelajar pondok sanggup memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar. Iklan Sedangkan ketika ditahan polis beliau memakai serban. Ahmad Nasir Darus, 27 memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari. Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara. Keputusan itu dibuat majistret setelah meneliti keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan serta hujahan bertulis yang dikemukakan. Mahkamah mendapati pihak pembela gagal membuktikan keraguan yang munasabah dan tiada keterangan saksi-saksi lain yang dapat mengesahkan Ahmad Nasir seorang lebai. Bagaimanapun pelajar pondok itu yang diwakili peguam Ahmad Rizal Effande Zainol memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut bagi membolehkan rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi. Namun mahkamah menolak permohonan peguam dan mengekalkan keputusan asal. Pendakwaan kes tersebut dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat. Ahmad Rizal ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu beliau menyerahkan kepada anak guamnya untuk memilih sama ada ingin membayar denda atau sebaliknya. Katanya, anak guamnya merasakan dirinya tidak bersalah kerana ia hanya mempertahankan sunah Rasulullah saw dengan memakai serban. Oleh itu beliau akan memfailkan permohonan rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat. "Saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi bagi dijadikan bahan akademik dan rujukan kerana terdapat kekaburan pada istilah 'lebai' dalam peruntukan undang-undang," katanya. Perkarangan mahkamah dipenuhi hampir 100 rakan Ahmad Nasir yang datang untuk memberikan sokongan moral. Pada 20 September dua tahun lalu Ahmad Nasir disaman di Jalan Pasir Tumboh atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban. Beliau disaman kerana melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Kaedah 4 Motosikal (topi keledar keselamatan) 1973 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta yang sama. Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007 beliau membuat pengakuan tidak bersalah serta mohon dibicarakan. - mj _

**sendiri mau ingat...

Monday, January 19, 2009

Dua -dua kena , tp ada bezanya...

P'raya KT: Pemantau akan serah laporan pada SPRM Abdul Rahim Sabri Jan 19, 09 2:26pm Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) - Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya (NIEI) - yang memantau pilihanraya kecil Kuala Terengganu Sabtu lalu mendakwa berlakunya amalan rasuah dan penyalahgunaan jentera kerajaan sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut.
Pengerusinya, Yunus Ali berkata, laporan lengkap hasil pemantauan 10 petugas NIEI itu, akan siap dalam masa dua minggu dan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), kedutaan-kedutaan asing di Malaysia dan semua NGO.
Yunus Ali mendakwa amalan rasuah dan politik janji rasuah oleh Barisan Nasional (BN) berleluasa berlaku dalam pilihanraya kecil tersebut, melibatkan jumlah sebanyak RM 1 billion.
Manakala PAS pula, dakwanya, turut melanggar etika amalan pilihanraya yang baik, antaranya pemberian percuma kerusi roda di Bukit Tepu, khidmat percuma gunting rambut dan rundingan kesihatan pakar homeopati.
Yunus turut mempertikaikan pembiayaan kehadiran menteri-menteri kabinet, menteri besar dan ketua menteri daripada BN dan Pakatan Rakyat serta barisan exco mereka sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut.
Dalam satu kenyataannya yang diedarkan dalam satu sidang akhbar di ibunegara pagi ini, Yunus mendakwa, wang ehsan RM300 bagi orang dewasa dan RM250 untuk muda-mudi, diumumkan akan diagih untuk warga Terengganu.
Manakala pengundi Cina pula, dakwanya, diedarkan angpau sebanyak RM300 sempena perayaan Tahun Baru Cina manakala penarik beca di Kuala Terengganu pula dijanjikan wang ehsan RM10,000 seorang, dakwa Yunus.
Yunus berkata, kehadiran begitu ramai anggota polis dikerahkan bertugas sepanjang pilihanraya kecil di Kuala Terengganu membuat orang ramai terasa tidak selesa dan berpersepsi seolah-oleh dalam keadaan darurat.
Pancing undi
Sepanjang 20 hari petugas NIEI menjalankan tugas pemantauan di Kuala Terengganu, Yunus mendakwa, pihaknya mengenalpasti 14 bentuk yang didakwanya sebagai rasuah, yang dijanjikan oleh BN untuk memancing undi bagi memastikan kemenangan calonnya, antaranya:
Penubuhan dan pemberian RM 1 juta untuk Tabung Kecemasan Nelayan.
Peruntukan RM150,000 untuk skim pembangunan nelayan Kuala Terengganu.
Pemberian secara lambak tanpa tender 583 projek Kelas F yang bernilai RM15.8 juta.
Upacara mengasaskan projek pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta.
Upacara perasmian projek pembinaan masjid di Kubang lkan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari 2009.
Upacara pecah tanah pembinaan 1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Perasmian peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu.
Pemberian RM6.1 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.
Pemberian sebanyak RM2.5 juta untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.
Pengumuman geran RM 50 juta untuk sekolah-sekolah Cina.
Pemberian pilot E-book (komputer) kepada 100 orang di Kuala Terengganu. Janji pemberian 23,000 buah E-book (komputer), berharga RM 1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.
Seramai 206 orang penenun songket menerima satu set seorang Mesin Tenunan Tradisional yang berharga RM 695 seunit.
Pemberian RM408.6 juta kepada kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak.
Mengisytiharkan projek untuk meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering.
Dakwaan salahguna kuasa Dalam kenyataan itu juga, Yunus turut mendakwa berlakunya penyalahgunaan kuasa dan jentera kerajaan di peringkat tempatan, negeri dan persekutuan.
Di peringkat kerajaan tempatan, Datuk Bandar Kuala Terengganu merangkap Pegawai Kanan Pilihanraya, Mat Razali Kassim didakwa berkempen dan mendesak kakitangan di bawahnya untuk mengundi BN. (Beliau telah meletakkan jawatan pegawai pilihanraya sehari sebelum pilihanraya kecil).
Penggantinya, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, yang sebelumnya memangku Pegawai Kanan Pilihanraya, Wan Mustafa Wan Hassan, juga disangsikan kerana didakwa melibatkan diri dalam program kempen BN.
Penggunaan pejabat menteri besar dan jentera sebuah jabatan kerajaan dalam upacara perasmian pecah tanah pembinaan masjid. Ketika dalam ceramah di Perumahan Pusu Tiga, Gong Badak, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said didakwa mengarahkan Jabatan Saliran dan Perparitan untuk mengkaji masalah banjir di kawasan itu. Setiausaha kerajaan negeri dan pengarah kewangan negeri didakwa melibatkan diri dalam program taklimat BN yang disasarkan kepada imam dan bilal masjid, ketua kampung dan pegawai perkhidmatan awam, termasuk pegawai kerajaan luar kawasan yang mengundi di P036 (Parlimen Kuala Terengganu).
Perasmian nama lnstitut Pendidikan Guru Malaysia kepada kampus Datuk Razali Ismail dan sebuah sekolah menengah kebangsaan kepada Sekolkah Menengah Kebangsaan Datuk Razali Ismail.
Kementerian didakwa terlibat
Yunus juga mendakwa, kementerian persekutuan turut terlibat dalam kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pertanian, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti
Yunus juga mendakwa BN telah berkempen dengan menguar-uarkan khidmat dan perbelanjaan kerajaan yang telah dilaksanakan, seolah-olah dibiayai oleh mereka, antaranya:
Peruntukan RM 500,000 di bulan Disember 2008 untuk mangsa banjir.
RM 200,000 telah dibelanjakan untuk membeli makanan dan keperluan lain untuk mangsa banjir.
Penggantian atap-atap.
Pendaratan pesawat MAS penerbangan pulang haji terus ke Kuala Terengganu.
Dalam sidang media itu, NIEI turut menayangkan gambar-gambar sepanjang kempen pilihanraya parlimen itu, termasuk papan-papan tanda yang mempunyai lambang dacing sebagai penawaran perkhidmatan yang seolah-olah dibiayai oleh BN.
Menurut Yunus lagi kehadiran menteri-menteri kabinet, menteri besar dan ketua menteri daripada BN dan Pakatan Rakyat serta barisan exco mereka sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut turut menimbulkan persoalan mengenai siapakah yang membiayai kos perbelanjaan mereka di sana.
"Saya harap ada ketelusan dan kebertanggungjawaban ke atas perbelanjaan mereka sepanjang berkempen di Kuala Terengganu," katanya.
Akhbar diedar percuma
Yunus juga mendakwa berlaku amalan rasuah dalam bentuk pengedaran dan pemberian percuma akhbar-akhbar tempatan oleh BN.
Pelbagai konsert, dakwanya, dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, termasuk persembahan penyanyi popular dari Terengganu.
PAS juga, dakwanya, turut melanggar etika amalan pilihanraya yang baik, termasuk pemberian percuma kerusi roda di Bukit Tepu, khidmat percuma gunting rambut dan rundingan kesihatan pakar homeopati.
Di samping, kata Yunus, NIEI menganggarkan kira-kira 10,000 anggota polis dikerahkan bertugas di Kuala Terengganu sepanjang kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
"Nisbahnya satu orang untuk lapan orang pengundi. Kehadiran terlalu ramai memberikan suasana sebagai keadaan perang.
"Jika tujuannya untuk menjaga keselamatan, tetapi kesan adalah di sebaliknya, orang ramai terasa tidak selesa dan berpersepsi seolah keadaan dalam darurat.
"Ini bertentangan dengan suasana pilihanraya yang baik, iaitu bebas dan tenteram," kata Yunus dalam kenyataan tersebut.

http://www.malaysiakini.com/news/96733

Sunday, January 11, 2009

Pendapat on Palestin - PArt1

Kera jaan Malaysia dipersoal menyebelahi pihak mana dalam isu serangan Israel ke atas Palestin ekoran perkembangan terbaru melibatkan tangkapan terhadap peserta himpunan aman di Dataran Merdeka. Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu yang mempersoal tindakan tersebut berkata, kerajaan dilihat seperti tidak menyebelahi Palestin dan mula memperlihatkan wajah sebenar mereka. "Mereka (pemimpin kerajaan) bercakap seolah-olah membenci apa yang dilakukan oleh Israel termasuk membenarkan para pelajar universiti menyertai perhimpunan-perhimpunan mengutuk Israel. "Tetapi apabila rakyat turun menyatakan bantahan ke atas Isreal, 21 orang telah ditangkap. mungkin selepas ini kerajaan akan memberikan alasannya menangkap peserta himpunan itu tetapi kenyataanya 21 orang telah ditangkap," kata beliau mengulas perkembangan tersebut dalam ketika berkempen membantu calon PAS dalam satu ceramah di Losong. Mohammad juga menyifatkan tindakan itu sebagai 'terbongkarnya wajah sebenar kerajaan BN' yang tunduk dan lebih takut kepada tekanan Amerika tetapi cuba untuk menunjukkan mereka menyokong perjuangan rakyat Palestin serta mengutuk Israel kerana sebab-sebab politik khususnya untuk memenangi hati pengundi di Kuala Terengganu. "Biasanya penipuan itu tidak lama," kata beliau. Justeru beliau menggesa pengundi Kuala Terengganu menyatakan bantahan terhadap sikap kerajaan itu melalui undi pada 17 Januari ini. Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua turut membidas tindakan pihak berkuasa menangkap peserta himpunan aman di Dataran Merdeka itu. "Pihak kerajaan khususnya Umno sebelum ini mengajak rakyat bersatu termasuk parti-parti politik diminta mengenepikan berbezaan untuk bersama-sama mengutuk keganasan Israel. tetapi bila rakyat turun mereka ditangkap," katanya dalam ceramah di Cabang Tiga. Kata Tian Chua, jika kerajaan benar-benar mahu bersatu dalam isu Palestin PAS, PKR dan DAP akan mengembeling ahli-ahlinya untuk bersama-sama menyatakan bantahan terhadap Israel. Dalam kejadian di Dataran Merdeka, polis telah menahan 21 peserta perhimpunan aman yang menamakan diri sebagai Gabungan Anti Perang (GAP). Penahan tersebut melibatkan 13 lelaki termasuk seorang remaja berumur 15 tahun dan lapan perempuan. Antara yang turut ditahan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim, ahli Parlimen Klang, Charles Santiago serta Penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) Arutchelvan Subramaniam. Polis telah menahan kumpulan tersebut yang berarak dari perkarangan bangunan Majlis Peguam ke Dataran Merdeka kira-kira pukul 8 malam kerana dikatakan degil dan enggan beredar setelah diarahkan berbuat demikan. Sementara dalam isu berkaitan, Mohammad turut mempersoalkan wang derma yang dikutip oleh kerajaan melalui masjid-masjid di seluruh negara atas nama bantuan kepada Palestin akan diagihkan kepada pihak mana. Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid mengarahkan wang derma dimasjid-masjid pada hari Jumaat selama tiga minggu berturut diserahkan kepada pihaknya untuk tujuan membantu rakyat Palestin. Bagaimanapun kata Mohammad, Malaysia selama ini dilihat tidak mengiktiraf kerajaan Palestin dipimpin oleh Hamas yang memenangi pilihan raya negara itu sebaliknya lebih dekat dengan kumpulan yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas (Fatah). Antaranya sebelum ini Malaysia sebagai tuan rumah persidangan khas Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pernah mengiktiraf kehadiran wakil Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sebagai mewakili rakyat Palestin dan mengenepikan wakil Hamas sebagai kerajaan yang sah dinegara itu yang turut hadir dalam persidangan tersebut. Justeru kata Mohammad, walaupun 10 sen didermakan oleh rakyat ia perlu dibantah jika disalurkan kepada kumpulan Mahmoud Abbas yang didakwa bersekongkol dengan Yahudi. "Kerajaan perlu jelaskan ke mana wang derma itu akan disalurkan, kalau kepada kumpulan Mahmoud Abbas maknanya wang umat Islam dari Malaysia diberi kepada kumpulan yang tidak berjuang," ujar beliau kepada hampir 1000 penduduk sekitar Losong yang hadir mengikuti ceramahnya itu.

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=7121#205329

Najib: Hak individu boikot barang

Najib: Hak individu boikot barang
12/01/2009 1:52pm

KUALA LUMPUR 12 Jan. — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terpulang kepada individu sama ada mahu memboikot atau tidak tiga produk utama Amerika Syarikat di negara ini seperti minuman kopi berjenama Starbucks, Coca-Cola dan ubat gigi Colgate seperti yang disaran oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia serta badan bukan kerajaan yang lain.Beliau berkata langkah itu adalah hak individu sebagai pengguna.Timbalan perdana menteri berkata langkah pemboikotan agak kompleks kerana ia akan membabitkan ahli perniagaan tempatan yang menjalankan perniagaan secara francais barangan Amerika Syarikat.“Biarlah ia menjadi pilihan pengguna. Sesetengahnya mungkin merasa perlu manakala yang lain mungkin tidak, kerana ia turut melibatkan aspek perniagaan tempatan,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kongres Ekonomi Islam Ketiga di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.Najib diminta mengulas sama ada kerajaan menyokong saranan untuk memboikot barangan keluaran Amerika Syarikat, ekoran ia menyokong sekutunya Israel menyerang rakyat Palestin di Gaza tanpa menghiraukan gesaan dunia untuk menghentikannya. - Bernama


*** Selamat Aman & Makmur
***Tiba-tiba je kendur statement...hiks..sudah diduga

Saturday, January 10, 2009

Boikot Israel dan US

.....tajuk di atas dah dipalu seminggu lebih tetapi kelibat senarai barangan masih belum diumumkan kepada rakyat?????........atau ada sesiapa yang tahu boleh dikongsi...


http://halaqah.net/v10/index.php?PHPSESSID=e2a96c0d16feb1f976501de6ba7982bb&topic=681.0

Thursday, January 8, 2009

Pak LAh @ Najib ...cam mana????...ada berani???

Lanjusoh I Foto Rizal Tahir Fri Jan 09, 09 1:05:42 pm MYT KOTA BHARU, 9 Jan (Hrkh) - Ribuan umat Islam di sini mengadakan demonstrasi secara aman membantah kekejaman rejim haram Yahudi terhadap penduduk Islam di Palestin. Demonstrasi itu diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut sama disertai timbalannya, Dato' Ahmad Yakob; Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud; Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim dan anggota Exco, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman. Menteri Besar turut membakar replika patung George W Bush dan Presiden Israel, Shimon Peres serta bendera Amerika Syarikat dan Israel. Sebelum itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz(TGNA) dan orang ramai memijak gambar kedua-dua pemimpin yang diletak di atas jalan. Demonstrasi itu dianjurkan Dewan Pemuda PAS Kelantan dan Lajnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Negeri diadakan sebaik sahaja selesai kuliah mingguan Menteri Besar di Medan Ilmu. Ribuan penduduk tempatan yang mengikuti kuliah sejak jam 8.30 pagi turut sama berdemonstrasi dengan melaungkan 'Allahuakbar, Hidup-Hidup Islam, Jahanam Israel dan Hancur Amerika.' Demonstrasi itu merupakan kali kedua diadakan di Kelantan, minggu lepas pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra dan Akademi Islam Universiti Malaya berhimpun di perkarangan Masjid Kampung Laut di Nilam Puri. Sebaik sahaja tamat kuliah pagi Jumaat, teriak Hidup Islam, jahanam Israel dan hancur Amerika mulai kedengaran. Orang ramai kecil, besar, tua dan muda bersemangat meneriakkan perkataan tersebut. Kebencian orang ramai begitu membuak terhadap kekejaman Yahudi yang merantah tubuh-tubuh tidak berdosa di Palestin melalui serangan tidak berperikemannusiaan, dilancarkan tentera Israel sejak akhir Disember lalu. Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat mempelawa rakyat negeri ini mendaftar diri untuk pergi ke Palestin bagi membantu rakyat negara tersebut. Katanya, beliau dan Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad sudah mendaftar menyertai misi bantuan ke Palestin. Mohd Zaki yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan berkata, semua umat Islam tidak kira di mana mereka berada perlu menyatakan bantahan terhadap kekejaman rejim Yahudi. "Kita tidak boleh mengharapkan orang lain bagi membantu umat Islam di Palestin. Kita juga tidak boleh harapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Persidangan Negara Islam yang tidak mampu berbuat apa-apa lagi. "Oleh itu umat Islam wajib membantu dengan sekadar yang mampu melalui sumbangan yang dihulurkan kepada tabung yang dilancarkan pada majlis ini," katanya. Beliau juga mengajak orang ramai mulai sekarang memboikot produk keluaran Amerika Syarikat dan negara-negara yang bersekongkol dengan Yahudi Israel. Pada himpunan itu dibaca qunut nazilah yang diketuai Ketua Dewan Pemuda PAS Kota Bharu, Ustaz Mohd Baharuddin Mohd Noor. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, salah satu cara bagi mengajar Israel dan Amerika Syarikat jangan membeli produk keluaran negara terbabit. "Kita usah lagi membeli pisang kaki yang ditanam orang Yahudi di bumi Palestin yang dirampas mereka. Produk itu ada dijual di Singapura dan negara ini. Kita juga jangan lagi menggunakan Dollar Amerika dan beralih kepada matawang Euro atau Yen, Jepun. "Coca Cola jangan lagi kita minum, umat Islam di Selatan Thailand sudah lama memulau minuman keluaran Amerika itu," katanya. Sementara itu, ribuan umat Islam mengerjakan solat hajat di Masjid Muhammadi selepas menunaikan solat Jumaat memohon keselamatan kepada umat Islam di Palestin. Selepas itu mereka memijak gambar Bush dan Shimon beramai-ramai, yang diletak di pintu masjid masjid. - mj/mks. _ kalu betul...http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18725&Itemid=1

****Abe Di(BSB)...tlg komenn....
****Hari nie 9/1/2009 --> Masjid seluruh negara mencatat sejarah (baca doa qunut nazilah semasa khutbah)....org sebelah sana kawe rasa dah baca lama dah qunut nie....terbaru 8 Mac dan PRKT036 KT

Pasti meletup...

lawati utusan online esok 9/01/2009@ beli satu...buat koleksi...nanti boleh jadi bahan bukti...meletupppp habiss...
http://www.utusan.com.my/
****Fikir-fikirkan lah...

Tuesday, January 6, 2009

Minyak...Kenyataan @ Khayalan...???????

Kenapa Kerajaan Nak Sangat Kat Kelantan.. Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000). Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya). Ianya terletak di Blok-Blok berikut,
* Blok A18
* Blok B17 & C19
* PM3
* Sub-Blok Ular
* PM301 & PM302
* PM303 * PM311 & 312

Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.

APA YANG KERAJAAN SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

* Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
* Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
* Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.
* Kerajaan bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.



















Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum. Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

* Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.
* PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.


PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

* Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
* Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
* Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
* Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008













Sebab itulah BN berusaha sangat merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi BN untuk merampas Kelantan semula.

BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000,000 (RM1 Billion). Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi. ROYALTI GAS ASLI HAK RAKYAT KELANTAN

* PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini.
* Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu.
* Terengganu menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.
* Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk projek seperti Monsoon Cup dan Pembinaan Taman Islam Hadhari yang tidak mendatangkan hasil terus kepada rakyat Terengganu.
* Jika BN memerintah, rakyat akan terus hidup dibelenggu kemiskinan dan ekonomi negeri akan semakin teruk seperti di Terengganu.
* Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.
* Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.

Thursday, January 1, 2009

Cadangan 1

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan supaya mata pelajaran mengenai hukum hudud diperkenalkan di semua sekolah di negara ini. Beliau berkata, disebabkan hudud adalah perkara besar serta memerlukan masa untuk membolehkan semua pihak memahaminya, adalah wajar ia diperkenalkan pada peringkat sekolah. “Soal hudud adalah besar, memakan masa lama. Kalau mengambil masa setahun tidak apa. Ibarat tanam ubi keledek, tiga bulan boleh makan, tapi tanam kelapa, makan masa 10 tahun. Buat perlahan-lahan, dia orang (sekolah) boleh terima, jadi tiada masalah untuk diperkenalkan di peringkat sekolah sebagai pendedahan awal,” katanya selepas merasmikan sambutan 2009 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, malam kelmarin. Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, soal hudud tidak perlu diperbesarkan kerana ia adalah isu lama dan Kelantan sudah meluluskan kertas cadangan mengenainya ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini. “Isu hudud sengaja diperbesarkan oleh orang yang sudah tiada modal (idea) sedangkan sebelum datang hudud, nak sebut politik Islam pun orang marah. “Suatu ketika dulu, politik Islam dianggap sesuatu yang mustahil tetapi sekarang sudah diterima bukan saja orang Melayu, malah bangsa lain. Begitu juga dengan hudud, satu masa akan sampai (akan diterima),” katanya. Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz tetap mempertahankan kenyataan yang dibuatnya Isnin lalu mengenai dapat pahala jika mengundi Pas pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari ini. “Kalau dia boleh menyalahkan kata saya, tak apa. Apa bukti salah saya kata boleh pahala (kalau undi Pas), orang zaman dulu salahkan Nabi Muhammad SAW juga. “Kalau kira nak menyalah, kami (Pas) boleh salahkan dia (Barisan Nasional) juga. Kalau dia (BN) kata mengacau, sama-sama (Pas dan BN) mengacau, itu bukan alasan baru. Dia (BN) yang menakutkan,” katanya, semalam ketika mengulas kenyataan calon BN, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang menyifatkan Nik Abdul Aziz menggunakan isu agama untuk menakutkan pengundi.-- berita harian

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=5377#154381