Najib: Hak individu boikot barang
12/01/2009 1:52pm
KUALA LUMPUR 12 Jan. — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terpulang kepada individu sama ada mahu memboikot atau tidak tiga produk utama Amerika Syarikat di negara ini seperti minuman kopi berjenama Starbucks, Coca-Cola dan ubat gigi Colgate seperti yang disaran oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia serta badan bukan kerajaan yang lain.Beliau berkata langkah itu adalah hak individu sebagai pengguna.Timbalan perdana menteri berkata langkah pemboikotan agak kompleks kerana ia akan membabitkan ahli perniagaan tempatan yang menjalankan perniagaan secara francais barangan Amerika Syarikat.“Biarlah ia menjadi pilihan pengguna. Sesetengahnya mungkin merasa perlu manakala yang lain mungkin tidak, kerana ia turut melibatkan aspek perniagaan tempatan,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kongres Ekonomi Islam Ketiga di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.Najib diminta mengulas sama ada kerajaan menyokong saranan untuk memboikot barangan keluaran Amerika Syarikat, ekoran ia menyokong sekutunya Israel menyerang rakyat Palestin di Gaza tanpa menghiraukan gesaan dunia untuk menghentikannya. - Bernama
*** Selamat Aman & Makmur
***Tiba-tiba je kendur statement...hiks..sudah diduga
Sunday, January 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment